Friday, May 2, 2008

Jenis-jenis Cili

Selain dari jenis sedia ada seperti Langkap dan
Kulai, terdapat beberapa jenis cili yang telah
dibangunkan khusus untuk memenuhi cita rasa dan
keperluan dalam negeri. Diantaranya,

i. MARDI MC11:
Pedas, menyerupai Kulai dari segi
bentuk, berhasil tinggi (17-24 mt/ha), cili ini
mengeluarkan hasil 10 minggu selepas ditanam
dan pemetikan hasil sebanyak 30 kali semusim dan
ia berbuah secara berterusan.

Ia mempunyai kandungan pepejal sebanyak 20%
yang sesuai untuk kegunaan pemprosesan,
menunjukkan toleran terhadap penyakit
anthraknos (7% jangkitan) dan penyakit hawar
pucuk Choenophora. Kulit MC11 berkilat dan dapat
mengekalkan warna walaupun selepas diproses.

Dengan mempunyai ciri-ciri varieti yang baik,
MC11 berpotensi untuk pasaran segar dan
pemprosesan.


ii. MARDI MC12:
Sederhana pedas, mempunyai ciri
masak serentak dan matang awal. Oleh kerana
daunnya tebal, MC12 kurang digemari oleh
beberapa serangga perosak. Hasil tinggi 15-25
mt/ha. Ia mengeluarkan hasil 7 minggu selepas
ditanam dan sangat produktif cepat matang tahan
penyakit dan penuaian selang 5 hingga 6 hari
sekali.

iii. Cili padi:
Selain dari dua variety di atas, kini MARDI
juga telah membangunkan beberapa cili padi yang
mempunyai hasil tinggi menandingi varieti cili
tempatan.


Jenis-jenis cili tempatan yang lain termasuklah yang
CILIBANGGI yang telah dibangunkan oleh UKM seperti
berikut:

i. CILIBANGI-1:
Untuk kegunaan segar, mempunyai
ciri masak serentak, biomas optima dan kurang
masalah rebah. Purata hasil 1.17 kg/pokok.

ii. CILIBANGI-2:
Jenis untuk cili kering, berpotensi
untuk ditanam oleh pekebun kecil. Purata hasil
1.02 kg/pokok.

iii. CILIBANGI-3:
Stabil, sangat pedas, sesuai untuk
kegunaan segar dan berhasil tinggi.

iv. CILIBANGI–4:
Buah masak kering di pokok, oleh
itu sesuai untuk cili kering. Saiz pokok kecil dan
rendah, dan boleh ditanam dengan kepadatan
44,000 pokok/ha.

v. CILIBANGI-5:
Hasil buah juga tinggi, kurang
pedas dan sesuai untuk makan segar.

vi. CILIBANGI-6:
Saiz buah lebih besar dari
CILIBANGGI-5, kering dipokok, dan buahnya
pedas.

vii. CILI Kulai :
Jenis tempatan yang berbentuk
panjang dan pedas. Varieti Kulai terdapat sebanyak
7 jenis cili kulai yang diusahakan di Malaysia.
Penanaman jenis tersebut adalah bergantung
kepada di mana sumber benih tersebut diperolehi.

Antara jenis Cili Kulai yang terdapat di pasaran
ialah :
CA 905 F1 Cili Kulai 905
CA 907 F1 Cili Kulai 905
CA 910 Kulai Tempatan
CA 914 F1 Cili Kulai Pedas
CA 915 F1 Cili Kulai Kering
CA 908 Cabai Kulai Kerinting
8338 Kulai King.

Cili Dunia

No comments:


Pakej 1000 pokok dan 2000 pokok

Iklaneka