Kawalan

Assalamualaikum, Salam sejahtera,

Disini saya ingin berkongsi tip penjagaan pokok , serangan penyakit dan cara mengatasinya. Selalunya kita sahabat usahawan tani yang baru menceburi bidang ini, tidak dapat mengenalpasti serangan penyakit dan punca serangan penyakit pada tanaman khususnya cili, setelah beberapa pengalaman yang saya telah lalui dapatlah saya kongsikan sedikit sebanyak pengalaman yang ada agar sahabat-sahabat tidak menempuhi masalah yang sama seperti yang telah saya lalui dahulu.
Disini juga saya berharap sekiranya ada diantara sahabat yang pernah menghadapi masalah yang sama dan dapat mengatasi masalah tersebut dengan kaedah yang lebih mudah, harap kita dapat kongsikan bersama.

KERINTING DAUN, BERPUNCA DARI HAMAMA



Masalah yang selalu dihadapi oleh petani cili adalah masalah kerinting daun. Serangan penyakit ini adalah berpunca dari masalah serangan ,kutu trip, dan hamama. Oleh yang demikian digalakkan sahabat –sahabat mengawal serangga ini terlebih dahulu sebelum memulakan tanaman. Gunakan “Solomon” ,Bayer bagi peringkat pencegahan. Seterusnya gunakan “Confidor” Bayer untuk pembasmian.Selain daripada racun kawalan serangga yang saya sebutkan terdapat juga produk lain yang sama fungsi, Boleh juga digunakan . Pokok yang telah diserang peringkat awal, Pangkas dan buang daun-daun yang terkena jangkitan, buang sebaiknya dibakar.Sembur dengan baja semburan seperti Maxigreen dan penggalak pertumbuhan yang terdapat dipasaran. Insyaallah tanaman akan pulih sedikit demi sedikit. Sekiranya ada tanaman yang dapat dikesan dari peringkat awal, Jangan bertangguh.

LAYU PUCUK PANGKAL, LECUR BATANG, BINTIK DAUN, MATA KATA DAN ANTRAKNOS BUAH BERPUNCA DARI KULAT



Serangan penyakit ini disebabkan pokok terluka dan dijangkiti kulat. Serangan ini menyebabkan daun akan menjadi kuning, lecur dan luruh. Selain daripada itu batang pokok akan terdapat bintik-bintik hitam. Buah pula akan kering dibahagian tertentu. Masalah ini disebabkan oleh serangan kulat pada pokok. Cara mengatasinya, semburkan racun kulat seperti “Antracol” Bayer, Topsin. Selalunya racun kulat dalam bentuk serbuk yang perlu dibancuh. Sebaiknya kawalan kulat digunakan dari peringkat awal bagi mengelakkan serangan.

BUAH BERBINTIK-BINTIK HALUS, DAN BERULAT BERPUNCA DARI SERANGAN LALAT BUAH


Serangan lalat buah boleh dikawal dengan menggunakan perangkap lalat dan racun serangga seperti Vita Dimethoat . Buah yang diserang akan berulat dan berbintik kesan sengatan. Perangkap lalat buat boleh dipasang diluar kawasan tanama dan sekitar kawasan tanaman. Perangkap lalat buah mudah disediakan dengan botol air, pemikat buah. Botol yang dilubangkan dengan lubang-lubang kecil dibahagian atas, kemudian isikan air, kemudian gantungkan putik kapas yang telah dicelupkan cecair pemikat lalat. Gantungkan disekitar kawasan ladang. Jumlah yang banyak digalakkan.


DAUN BERLUBANG-LUBANG, PUCUK PATAH DAN BUAH BERLUBANG PERPUNCA DARI SERANGAN BELALANG DAN ULAT BULU.


Serangan serangga lain dapat dikawal dengan racun ulat dipasaran seperti TRITHANE ataupun racun serangga yang berasaskan cypermetrin. Terdapat banyak racun serangga untuk masalah ulat, banding-bandingkan saja Dos penggunaan dan harga. Harga sekitar RM 18.00 sebotol (1 Liter)

POKOK LAYU KESELURUHAN. MASALAH SERANGAN VIRUS.


Bagi permasalahan ini, saya gunakan perahan bawang putih sebagai antibiotik semula jadi. Perahkan bawang putih (1kg=5 liter) kemudian bancuhkan didalam tangki baja . Kaedah ini untuk peringkat pengawalan. Tidak berkesan untuk memulihkan tanaman yang telah dijangkiti.

KESIMPULAN.


Tanaman cili selalunya diserang oleh
Hamama, Kulat, Lalat buah, Ulat dan Virus. Oleh yang demikian kawalan awal adalah yang terbaik sebelum serangan penyakit.Semburan kawalan serangga tidak perlu menunggu sehingga terkena serangan, Lakukan seawal 5 hari selepas dipindahkan ke ladang. Maklumat tambahan, Serangga juga immiun dengan racun serangga. Gunakan racun serangga berlainan bahan aktif bagi mengelakkan serangga yang telah immiun menyerang tanaman. Kita boleh gilirkan 3 set kawalan serangga. Insyaallah, Lahawalawala kuwatailla billah.

Pakej 1000 pokok dan 2000 pokok

Iklaneka