Tuesday, December 30, 2008

Hasil..




Hasil kutipan, dengan 800 pokok yang kekal, Menghasilkan lebih kurang 10kg sehari.
Tuaian dibuat secara harian. Hasil dihantar kepada pelanggan berdekatan. Serangan Antraknos masih ada namun dapat dikurangkan.Memandangkan Hujan yang kerap, proses semburan racun serangga juga perlu dikerapkan bagi mengawal serangga perosak. Selain daripada serangan serangga,Jadual Pembajaan juga terganggu akibat hujan yang kerap.Alhamdulillah tanaman kami dapat bertahan.

Tuesday, December 16, 2008

Sistem pengairan HOTCILI

Cara pengairan mirip sistem fertigasi biasa. Namun begitu kami telah menggantikan dripper dengan dripping pipe. Alhamdulillah setaka ini masalah paip tersumbat diatasi,
Cara pemasanganya juga amat mudah,murah dan flksibel. Boleh disesuaikan mengikut jarak yang sesuai.Pengairan yang juga tepat dan bersesuaian dengan cili.



Wednesday, October 15, 2008

Serangga dan serangan penyakit


Tunas dicantas untuk merawat.
Serangan penyakit disebabkan serangga hamama menyebabkan daun pokok menjadi kecil dan kerinting. Penyakit ni menyebabkan nutrian tidak dapat diproses dengan sempurna. Pokok yang telah dijangkiti harus diasingkan supaya mudah dirawat.






Pokok yang telah diasingkan.
Mengasingkan pokok boleh mengelakkan jangkitan penyakit kepada pokok yang lain. Selain daripada itu penggunaan racun serangga dapat dijimatkan. Pokok juga mudah untuk dikendalikan.



Serangan serangga perlu dikawal dari awal. Kawasan persekitaran juga perlu dipantau untuk mengawal serangan penyakit bermula. Serangan hamama boleh merebak dalam 2-3 hari. Sekiranya pokok telah dikenalpasti terkena serangan hamama pengasingan dan rawatan perlu dilakukan dengan segera.

Sunday, August 10, 2008

Kelahiran (selepas 2 minggu)


Setelah 2 minggu berlalu, anak benih bercambah.
anak benih sedia didedahkan kepada cahaya.(gambar disebelah menunjukan pertumbuhan setelah 2 hari didedahkan kepada cahaya) anak benih mula dipindahkan apabila genap 30 hari tempoh semaian.Kesilapan semasa semaian akan menyebabkan benih akan rosak.
ketepatan penjagan baja dan cahaya amat penting.

Tuesday, May 27, 2008

Sumber Air

Kami meneruskan kerja-kerja menyiapkan ladang kami dengan sistem takungan air bagi pembekalan baja berterusan. Kami telah mendapatkan tangki saiz 600G dan menggunakan air bukit bagi mendapatkan keaslian sumber air tanpa bahan sampingan serti klorin dan sebagainya.





Bagi menyalurkan air kepada setiap bakal pokok cili yang di tanam, kami menggunakan pam air berkuasa. Fungsinya ialah menyedut air dari tangki 600G seterusnya meningkatkan halaju air supaya sampai ke tempat yang dikehendaki.

Ikuti langkah seterusnya dalam penyediaan saliran air dalam post yang seterusnya.
Sekian.........

Wednesday, May 21, 2008

Faktor-Faktor Kritikal Kejayaan

Isu/masalah serta pemantauan.

1. Harga tidak stabil - Pengeluaran tidak konsisten

- Maklumat pasaran terhad

- Jadual penanaman/pemasaran lemah

- Cuaca tidak stabil


2. Kurang saluran pasaran - Maklumat terkini lambat /prasarana

hubungan canggih di Malaysia.


3. Kurang maklumat pasaran - Penyebaran terhad dan tidak menemui

sasaran.


4. Kurang prasarana - tidak menggunakan prasarana secara

berkesan, tidak menggunakan maklumat

secara optima.


5. Bekalan tidak terjamin - mengikut musim dan selera petani


6. Tidak memenuhi pasaran - masih mengutamakan pengeluaran

daripada pilihan pasaran


7. Perlaksanan peraturan - Perubahan akta dan peraturan undangundang

tertentu


8. Sistem pembungkusan - Mengikut selera penjual dan keadaan komoditi


9. Persaingan - Perkara biasa di dalam pasaran


10. Kurang pendedahan - Kebanyakan petani buta maklumat


11. Kualiti penyimpanan - Genetik baru/genetik ubahsuai

Tuesday, May 13, 2008

Cili merah, masalah dan penyakit


Lalat buah
(Bactrocera latifrons)
Simptom
Buah cili akan melecur,lebam dan mengecut.
Cari mengatasi
Perangkap lalat atau Striker fruit fly.




Antraknos buah
Simptom
Buah kelihatan kering dan kehitaman dibahagian yang rosak.
Cara mengatasi.
Racun: Amistar

Monday, May 12, 2008

Kelebihan & kekurangan sistem fertigasi

Kelebihan

1)Tanaman akan lebih produktif.
2)Mengurangkan risiko penyakit dibawah tanah
3)Kos operasi dapat diminimakan
3)Hasil yang berkualiti tinggi
4)Bersih dan mesra alam
5)Jadual tanam yang flxible
6)Menjimatkan penggunaan air dan baja.

Kekurangan

1)Perlu ilmu dan kemahiran
2)Kos permulaan yang tinggi
3)Bekalan air bersih diperlukan
4)Sumber tenaga elektrik diperlukan
4)Tiada jaminan dari Risiko serangan virus Pe

Tuesday, May 6, 2008

Penyusunan Beg-beg Medium

Pada bulan March'08, kami telah selesai membuat penyusunan beg-beg medium bagi memudahkan kami mengalih anak benih ke tapak penanaman sebenar.

Seterusnya, kami akan merancang sistem pengairan yang sesuai bagi mendapatkan pengairan baja yang optimum. Sasaran pengeluaran hasil yang pertama ialah pada pertengahan bulan Ogos'08. Itu pun jika tiada perkara besar yang menghalang proses penanaman cili.

Friday, May 2, 2008

Jenis-jenis Cili

Selain dari jenis sedia ada seperti Langkap dan
Kulai, terdapat beberapa jenis cili yang telah
dibangunkan khusus untuk memenuhi cita rasa dan
keperluan dalam negeri. Diantaranya,

i. MARDI MC11:
Pedas, menyerupai Kulai dari segi
bentuk, berhasil tinggi (17-24 mt/ha), cili ini
mengeluarkan hasil 10 minggu selepas ditanam
dan pemetikan hasil sebanyak 30 kali semusim dan
ia berbuah secara berterusan.

Ia mempunyai kandungan pepejal sebanyak 20%
yang sesuai untuk kegunaan pemprosesan,
menunjukkan toleran terhadap penyakit
anthraknos (7% jangkitan) dan penyakit hawar
pucuk Choenophora. Kulit MC11 berkilat dan dapat
mengekalkan warna walaupun selepas diproses.

Dengan mempunyai ciri-ciri varieti yang baik,
MC11 berpotensi untuk pasaran segar dan
pemprosesan.


ii. MARDI MC12:
Sederhana pedas, mempunyai ciri
masak serentak dan matang awal. Oleh kerana
daunnya tebal, MC12 kurang digemari oleh
beberapa serangga perosak. Hasil tinggi 15-25
mt/ha. Ia mengeluarkan hasil 7 minggu selepas
ditanam dan sangat produktif cepat matang tahan
penyakit dan penuaian selang 5 hingga 6 hari
sekali.

iii. Cili padi:
Selain dari dua variety di atas, kini MARDI
juga telah membangunkan beberapa cili padi yang
mempunyai hasil tinggi menandingi varieti cili
tempatan.


Jenis-jenis cili tempatan yang lain termasuklah yang
CILIBANGGI yang telah dibangunkan oleh UKM seperti
berikut:

i. CILIBANGI-1:
Untuk kegunaan segar, mempunyai
ciri masak serentak, biomas optima dan kurang
masalah rebah. Purata hasil 1.17 kg/pokok.

ii. CILIBANGI-2:
Jenis untuk cili kering, berpotensi
untuk ditanam oleh pekebun kecil. Purata hasil
1.02 kg/pokok.

iii. CILIBANGI-3:
Stabil, sangat pedas, sesuai untuk
kegunaan segar dan berhasil tinggi.

iv. CILIBANGI–4:
Buah masak kering di pokok, oleh
itu sesuai untuk cili kering. Saiz pokok kecil dan
rendah, dan boleh ditanam dengan kepadatan
44,000 pokok/ha.

v. CILIBANGI-5:
Hasil buah juga tinggi, kurang
pedas dan sesuai untuk makan segar.

vi. CILIBANGI-6:
Saiz buah lebih besar dari
CILIBANGGI-5, kering dipokok, dan buahnya
pedas.

vii. CILI Kulai :
Jenis tempatan yang berbentuk
panjang dan pedas. Varieti Kulai terdapat sebanyak
7 jenis cili kulai yang diusahakan di Malaysia.
Penanaman jenis tersebut adalah bergantung
kepada di mana sumber benih tersebut diperolehi.

Antara jenis Cili Kulai yang terdapat di pasaran
ialah :
CA 905 F1 Cili Kulai 905
CA 907 F1 Cili Kulai 905
CA 910 Kulai Tempatan
CA 914 F1 Cili Kulai Pedas
CA 915 F1 Cili Kulai Kering
CA 908 Cabai Kulai Kerinting
8338 Kulai King.

Cili Dunia

Tuesday, April 29, 2008

Horizon


Allhamdulillah.

Dari cakap-cakap kosong kami mengubahnya menjadi kerjaya. Berbekalkan serba sedikit
tunjuk ajar dan bahan bacaan kami memulakan Perusahaan tanaman cili merah secara sistem
pengairan Fertigasi. Dimulakan dengan komitment kemudian disusuli dengan peranacangan, sumber kewangan,pemilihan sistem dan tapak tanaman. Tarikh 18 Oktober 2007 bersamaan dengan 6 syawal 1428 merupakan perubahan baru untuk kami.

Monday, April 28, 2008

Susunan beg medium




Huh..

Ini antara yang paling berat semasa penyediaan tapak. Kena susun beg yang dilapik dengan batu bata. Susun jangan tak susun.

Sumber tadahan air



Tangki 600gl digunakan untuk siraman. kekerapan siraman bergantung kepada keperluan pokok cili mengikut umur pokok dan situasi cuaca. Perlu diketahui Batu kurau terletak di kawasan Taiping yang berhampiran dengan bukit larut. Senang cerita, kawasan tadahan hujan...

Penyediaan Baja



Penyediaan Baja A dan B tak lari dari kaedah Fertegrasi. Bancuhan yang tepat adalah satu kemestian.

Pakej 1000 pokok dan 2000 pokok

Iklaneka