Wednesday, December 28, 2011
Perkembangan agrasif
28 hb Desember adalah satu lagi tarikh pencapaian Hotcili dengan keluaran hasil mencecah 120 kg. Alhamdulillah Pokok masih dalam keadaan terkawal dari masalah serangga dan penyakit.
Monday, December 19, 2011
Tuaian tahun 2011
Monday, November 14, 2011
Aktiviti November
Alhamdulillah..
Setakat ini tiada masalah yang besar dihadapi. Langkah-langkah kawalan telah di dilaksanakan awal untuk memastikan tanaman dalam keadaan baik, Contohnya kawalan lalat buah, Perangkap telah dipasang sebelum pokok berbuah, Begitu juga dengan kawalan hamama yang menyebabkan daun kerinting, Semburan kawalan serangga yang kerap dengan 3 set kawalan. Kawalan rumput juga turut diambil berat dengan menggantikan semula Silver Shine yang terkoyak. Diharap hasil kali ni boleh digunakan sebagai pengukur aktiviti akan datang... la hawalawala quatailla billah
Sunday, October 23, 2011
Aktiviti Bulan Ini
Assalamualaikum,Salam Sejahtera..
Aktiviti bulan ini berjalan lancar, Telah sebulan anak benih dipindahkan ke tapak ladang. Masalah daun kerinting kali ini dilihat berkurang dari sebelumnya hasil kekerapan jadual semburan racun serangga iaitu 3 hari sekali, Pokok telahpun mengeluarkan putik bunga. Selain itu aktiviti menyediakan sokongan dan mencabut rumput juga telah selesai. Kini kerja-kerja selenggara dan kawalan perlu dijalankan setiap hari untuk memastikan pokok-pokok cili berada ditahap yang memuaskan..
Insya Allah
Wednesday, September 14, 2011
Sedia Untuk ditanam
Assalamualaikum...
Setelah Sebulan berpuasa, Kini kita berada dibulan Syawal. Kami di hotcili sedang giat dengan usaha menanam semula. Disebabkan 2 bulan sebelum ini tanaman kami diserang penyakit.Punca serangan masih tidak dapat dikenal pasti.Minggu hadapan anak benih yang baru akan dipindahkan ke ladang.. :-)
Monday, April 4, 2011
Aktiviti 2011
Alhamdulillah..
Tahun 2011 dimulakan dengan perancangan dan diikuti dengan usaha. Hotcili telah memulakan fasa 4 pada akhir Mac 2011. Anak benih yang telah disemai pada 29 Mac telah pun bercambah. Tapak ladang juga telah pun di tutup dengan silver shine. Kerja-kerja merata dan menebas rumput telah dijalankan sebelum tapak ditutup dengan silver shine.
Tiada sebarang masalah teknikal yang berlaku kerja-kerja berjalan dengan lancar. Kami di Hotcili akan menutup silver shine keseluruh tapak bagi mengawal rumput tumbuk dikawasan tapak ladang. Dijangkakan kerja-kerja menyediakan tapak ladang siap sepenuhnya pada 17 May 2011.
Subscribe to:
Posts (Atom)