Monday, April 4, 2011

Aktiviti 2011





Alhamdulillah..
Tahun 2011 dimulakan dengan perancangan dan diikuti dengan usaha. Hotcili telah memulakan fasa 4 pada akhir Mac 2011. Anak benih yang telah disemai pada 29 Mac telah pun bercambah. Tapak ladang juga telah pun di tutup dengan silver shine. Kerja-kerja merata dan menebas rumput telah dijalankan sebelum tapak ditutup dengan silver shine.
Tiada sebarang masalah teknikal yang berlaku kerja-kerja berjalan dengan lancar. Kami di Hotcili akan menutup silver shine keseluruh tapak bagi mengawal rumput tumbuk dikawasan tapak ladang. Dijangkakan kerja-kerja menyediakan tapak ladang siap sepenuhnya pada 17 May 2011.

Wednesday, July 21, 2010

Aktiviti July 2010

Hasil pada bulan July terus meningkat. Harga jualan borong juga semakin kukuh sehingga RM11 sekilo di Taiping. Maklumlah, dah dekat bulan puasa. Buah cili yang terhasil juga kadang-kadang menakjubkan. Bak kata pepatah; berbudi pada tanah pasti baik hasilnya. Sedikit gambar untuk di kongsi bersama.






Thursday, July 1, 2010

Buah Cili Mula Dipasarkan














Buah mula mengeluarkan hasil. Buat permulaan, purata pengeluaran mencecah 25kg sehari. Harga pasaran waktu sekarang amat memberangsangkan dengan RM10.00 sekilo pada harga borong.

Tuesday, May 11, 2010

Aktiviti May 2010




Setelah mengambil kira masalah kawalan serangga. Kami mengambil keputusan menggunakan pam semburan elektrik sebagai langkah terbaik. Dengan keluasan kawasan tanaman agak luas dan tenaga kerja yang terhad langkah ini amat bertepatan.

Wednesday, March 24, 2010

Fasa ketiga





Fasa ketiga telah kami mulakan pada bulan februari 2010 dengan persediaan yang rapi. Dengan rancangan yang teratu kami mulakan dengan menanam berperingkat-peringkat.

Saturday, November 7, 2009

Fertigasi : Pakej 1000 pokok dan 2000 pokok


Disini kami menyediakan 2 pakej cadangan untuk menyediakan tapak projek yang baru.Pakej ini kami sediakan yang mana semua kelengkapan,aturan dan penyediaan bahan telah kami sediakan lengkap mengikut keperluan tapak projek.Anda hanya perlu menguruskan sahaja tapak yang telah kami sediakan.Harga boleh dirundingkan.

Wednesday, October 28, 2009

Tuaian Fasa kedua.....






Alhamdulillah hasil fasa kedua telah mula dituai... kami kongsikan pengalaman kami....
tuaian dilakukan 2 hari sekali dengan hasil tuian mencecah 30kg pada peringkat awal tuaian dengan harga pasaran RM6-RM7 sekilo.

Pakej 1000 pokok dan 2000 pokok

Iklaneka