Tuesday, May 11, 2010

Aktiviti May 2010




Setelah mengambil kira masalah kawalan serangga. Kami mengambil keputusan menggunakan pam semburan elektrik sebagai langkah terbaik. Dengan keluasan kawasan tanaman agak luas dan tenaga kerja yang terhad langkah ini amat bertepatan.

Wednesday, March 24, 2010

Fasa ketiga





Fasa ketiga telah kami mulakan pada bulan februari 2010 dengan persediaan yang rapi. Dengan rancangan yang teratu kami mulakan dengan menanam berperingkat-peringkat.

Saturday, November 7, 2009

Fertigasi : Pakej 1000 pokok dan 2000 pokok


Disini kami menyediakan 2 pakej cadangan untuk menyediakan tapak projek yang baru.Pakej ini kami sediakan yang mana semua kelengkapan,aturan dan penyediaan bahan telah kami sediakan lengkap mengikut keperluan tapak projek.Anda hanya perlu menguruskan sahaja tapak yang telah kami sediakan.Harga boleh dirundingkan.

Wednesday, October 28, 2009

Tuaian Fasa kedua.....






Alhamdulillah hasil fasa kedua telah mula dituai... kami kongsikan pengalaman kami....
tuaian dilakukan 2 hari sekali dengan hasil tuian mencecah 30kg pada peringkat awal tuaian dengan harga pasaran RM6-RM7 sekilo.

Hasil setelah sebulan setengah fasa kedua.........





Setelah anggaran sebulan setengah kami menanam anak pokok iaitu pada akhir bulan Julai, alhamdulilah Fasa kedua berjalan dengan lancar. Masih ada masalah-masalah yang timbul namun dapat diatasi berbekalkan pengalaman yang ada sebelum ini. pokok telahpun membuahkan hasil. Terima kasih kepada Puan jamilah, En Mat Saad dan Nurfarizal yang bekerja keras menguruskan kebun fasa kedua ini. Sebanyak 2000 pokok cili yang kami tanam pada julai lalu telah mula mengeluarkan hasil.

Monday, July 20, 2009

Fasa Kedua Bermula













Fasa kedua telah bermula dengan lancar, Alhamdulillah. Diharap semua yang telah dirancangkan berjalan lancar. lebih 1500 pokok telahpun ditanam dalam masa 2 hari. Anak benih dipindahkan mengikut masa yang ditetapkan dan waktu menanam yang tepat supaya anak benih tidak terencat setelah dipindahkan ke polibeg.

Tuesday, June 30, 2009

Pemasangan Paip






Kerja-kerja pemasangan paip dilakukan dalam masa 2 hari dan memerlukan seorang tenaga kerja sahaja. Ini kerana kerja kerja pemasangan yang mudah dengan menggunakan tiup khas.

Pakej 1000 pokok dan 2000 pokok

Iklaneka